Friday, January 28, 2011

kerisauan yg amat

di bumi sana,
saya punya kawan, teman dan sahabat karib.
mereka sedang berjuang,
bersyahid di bumi Allah,
demi ilmu sedikit cuma.

ilmu yang akan digunakan,
membantu umat manusia.

tapi, keadaan di bumi sana,
sangat merisaukan saya,
keluarga, dan para teman.
semoga semuanya selamat.
semoga semuanya terpelihara.
semoga semuanya sejahtera.

saya tidak sanggup kehilangan mereka.
saya tidak mahu kehilangan dia.
dia teman sejati
dan
saya perlukan dia.

jangan ambil dia lagi,
beri saya dan dia dan keluarga sedikit lagi waktu.

saya masih perlukan dia,
walau saya tahu ada yang lebih menyayangi,
tapi,,
saya tidak mahu kehilangan dia.

tidak mahu menangisi nasib yang tidak lagi pasti.
tapi,
air mata tetap mengalir...

egypt..
walau banyak umat di sana,
orang yang saya risau hanya sekelumit.
oh..
betapa pentingnya diri ini..
tapi..
di saat ini,
itu yang ku pinta.

No comments:

Post a Comment